ALBUM OPTIMIS MUS MAY

ALBUM OPTIMIS MUS MAY
ALBUM TERBARU MUS MAY

Thursday, February 19, 2009

ALBUM TERBARU MUS MAY OPTIMIIS

MUSTAFFA BIN DIN atau dikenali sebagai MUS, selaku penyanyi utama KUMPULAN MAY. Anak jati kelahiran Ipoh, Perak ini telah bergiat secara serius dalam bidang nyanyian sebagai artis rakaman hampir 22 tahun pada tahun 1986. Berpengalaman luas dibidang nyanyian juga seorang artis yang disegani serta perwatakan peramah. Sehingga kini Mus masih lagi dikenali ramai dikalangan peminat-peminatnya.

PENGLIBATANN AWALNYA didalam dunia muzik adalah sekitar tahun 1986 semenjak penubuhan kumpulan MAY. Sehingga kini beliau masih lagi aktif bersama MAY serta kadangkala beliau juga memenuhi permintaan mengadakan persembhan secara solo samada sekitar Semenanjung Malaysia juga sekitar Sabah dan Sarawak.

Sebagai seorang artis berpengalaman luas, segala pahit manis, suka duka ditempuhi dengan sabar dan tabah demi cita-cita dan kejayaan yang di impikan. Namun dengan berkat ketabahan itulah, kini MUS bangkit mengegarkan para peminatnya dengan sebuah lagi album terbaru iaitu album solonya yang berjudul ‘O P T I M I S’.

Keseluruhan proses rakaman album OPTIMIS menggambil masa hampir satu tahun bermula awal 2008 sehingga November 2008 distudio beliau sendiri iaitu SINAR STUDIO, Setapak Indah, KL. Material yang dihasilkan kebanyakkannya telah dibuat pada awal tahun 2000 yang mana lagu-lagu tersebut tidak sesuai untuk dimuatkan di dalam album MAY. Memandangkan perubahan ketara persada muzik dan material yang dihasilkan juga amat tidak bersesuaian jika diberikan pada mana-mana artis lain maka tercetuslah idea untuk melahirkan album OPTIMIS ini.

KONSEP dan SUSUNAN MUZIK ALBUM OPTIMIS sedikit berbeza dari lagu-lagu yang pernah MUS nyanyikan ketika bersama kumpulan MAY atau WINGS. Nyata konsep yang terdapat di dalam album solonya ini adalah campuran atau gabungan ihlam rock klasik dan muzik rock terkini.

Walaupun dengan kelahiran album solonya ini, beliau masih lagi aktif bersama dengan rakan – rakan anggota MAY. Tidak terlintas untuk beliau berpisah atau keluar sebagai penyanyi utama kumpulan tersebut. MAY yang dianggotai seramai empat orang anggota adalah terdiri daripada Man (drum), Abu (gitar) dan Yus (bass). Sehingga kini MAY masih lagi mendapat undangan pertunjukkan pementasan di serata tanahair.

Album solo MUS OPTIMIS ini diterbitkan oleh beliau sendiri serta dibantu rakan-rakan seperjuangan sebagai pembantu tenaga kerja bagi memastikan album ini dihasil dengan jayanya. Antara mereka yang terlibat dalam pembikinan album ini adalah Shamil iaitu pemain drum kumpulan STARDUZZ, pemain gitar Rahish CHOSEN, Opie BLOODSHEED, Ritz METALASIA, pemain bass Ijam CHOSEN dan Eddie DEF GAB C serta Fairdaus pemain keyboard. Album ini telah pun berada dipasaran pada 30 December 2008. Album ini memuatkan sepuluh buah lagu iaitu:-

1- KERNA KAU (Lagu & Lirik : Mus)
2- TANPA CINTA KITA (*) (Lagu :Rahisyam / Lirik : Mus)
3- KEPASTIAN (Lagu & Lirik : Mus)
4- SELAGI KAU DISISI (*) (Lagu & Lirik : Mus)
5- RESAH GELISAH (Lagu & Lirik : Mus)
6- LALU KAU PERGI (Lagu :Rahisyam / Lirik : Mus)
7- HARAP BERTEMU MU SEMULA (Lagu & Lirik : Mus)
8- NAFAS (Lagu : Mus / Lirik : Nalla)
9- SEMPADAN PILIHAN (Lagu & Lirik : Mus)
1O- JAMM...TRAFIK JAM (Lagu: Rahisyam / Lirik: Mus)

TANPA CINTA KITA dan SELAGI KAU DISISI merupakan lagu yang bakal di hanggatkan di corong-corong radio tempatan mahupun Singapore, Brunei dan Indonesia.

O P T I M I S merupakan album pertama terbitan SINAR STUDIO iaitu sebuah production house yang dimiliki oleh MUS sendiri. Keseluruhan HAKCIPTA LAGU dan LIRIK di dalam album ini adalah hakcipta SINAR PUBLISHING. Manakala SONY MUZIK ENTERTAINMENT sebagai pengedar bagi meluas dan melebarkan lagi rangkaian jualan album OPTIMIS dipasaran bukan sahaja Semenanjung Malaysia bahkan di Sabah, Sarawak, Singapore, Brunei dan Indonesia.

HARAPAN agar album ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan berbanding dari album-album yang sebelumnya. Terima kasih kepada semua wartawan-wartawan media cetak dan media elektronik, peminat-peminat yang masih menyokong MUS serta rakan-rakan bagi menjayakan album MUS OPTIMIS.